Paras air sungai di Selangor catat peningkatan

Izham Hashim (pic Google)
Izham Hashim (pic Google)
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk tinggal berdekatan sungai di negeri ini diminta mengambil langkah berjaga-jaga berikutan paras air di beberapa sungai di Selangor mencatatkan peningkatan.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim berkata, status hujan semasa di Selangor adalah dalam kategori lebat dengan merekodkan bacaan hujan 31 mililiter (mm) hingga 60mm dalam masa satu jam pada pagi Rabu.

Menurutnya, paras air di dua sungai iaitu Sungai Selangor di daerah Kuala Selangor dan Sungai Labu di daerah Sepang mencatatkan aras amaran pada Rabu.

"Paras air di sungai iaitu Sungai Klang di daerah Klang dan Sungai Beranang di daerah Hulu Langat pula mencatatkan aras waspada.

"Saya mohon agar penduduk yang berdekatan dengan sungai mengambil langkah berjaga-jaga serta sentiasa mengikuti laman sesawang

https://publicinfobanjir.water.gov.my untuk kemaskini situasi banjir ketika ini," katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Sementara itu, menurut laman sesawang InfoBanjir, bacaan paras air di Stesen Bandar Klang adalah 3.28 meter (bahaya) berbanding bacaan normal 2.2 meter.

"Bagi Stesen RS Batu 8 Kuala Langat pula, bacaan air pada paras 2.35 m (bahaya) berbanding bacaan normal pada 0.1 meter.

Artikel Berkaitan:

"Sementara itu, tiga stesen setakat ini berada pada status amaran iaitu Jeti Teluk Penyamun (Kuala Selangor), Pekan Beranang (Hulu Langat) dan Kampung Rantau Panjang (Klang).

"Bagi Stesen Kampung Salak Tinggi (Sepang), Stesen Kampung Melayu Subang (Petaling) dan Batu 9 (Hulu Langat) masing-masing mencatatkan bacaan di paras berjaga-jaga," kata laporan itu.

Sementara itu, Facebook rasmi Pejabat Daerah Tanah (PDT) Klang turut melaporkan perkembangan terkini dari masa ke masa susulan hujan lebat sejak pagi Rabu.

"Orang ramai diminta berjaga-jaga dan melaporkan sebarang kejadian banjir kepada talian perhubungan bencana Daerah Klang 03-33716700, WhatsApp 010-8691067," menurut laman pihak berkuasa tempatan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!