17 mangsa banjir dipindahkan, satu PPS dibuka

APM bersama agensi kerajaan lain membantu memindahkan mangsa banjir dari Kampung Paya Kenangan ke PPS di SK Bukit Mutiara, Johor Bahru pada jam 11 malam Selasa.
APM bersama agensi kerajaan lain membantu memindahkan mangsa banjir dari Kampung Paya Kenangan ke PPS di SK Bukit Mutiara, Johor Bahru pada jam 11 malam Selasa.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Seramai 17 mangsa banjir dari daerah ini melibatkan tiga keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air susulan banjir kilat pada malam Selasa.

Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) Johor dalam satu kenyataan memberitahu, semua mangsa banjir dari Kampung Paya Kenangan itu dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara kira-kira jam 11 malam.

"Kejadian banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat melebihi dua jam bermula jam 7 petang semalam yang menyebabkan beberapa buah rumah dinaiki air.

"Pemantauan sehingga kini masih dilakukan antaranya melibatkan pejabat daerah, APM, bomba, polis, tentera, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT)," menurut kenyataan berkenaan yang dikeluarkan pada jam 8 pagi Rabu.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!