Hujan lebat, air melimpah di UIAM

Video tular keadaan dalam UIAM susulan hujan lebat pada Rabu.
Video tular keadaan dalam UIAM susulan hujan lebat pada Rabu.
A
A
A

GOMBAK - [DIKEMAS KINI] Hujan lebat berterusan sekitar jam 4 pagi telah menyebabkan sungai di kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini melimpah.

Menerusi video tular, terdapat limpahan air sungai di kawasan dataran.

Bagaimanapun menurut sumber, situasi berkenaan adalah fenomena biasa yang berlaku apabila hujan lebat.

Katanya, situasi itu disebabkan lokasi berkenaan merupakan laluan sungai dan terdapat kolam takungan di kawasan yang rendah.

"Ketika ini, keadaan terkawal dan limpahan air tidak memasuki mana-mana ruang kampus, pejabat dan bilik kuliah malah pelajar-pelajar ke kelas seperti biasa.

"Tiada melibatkan kerosakan harta benda susulan kejadian tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Katanya, hujan telah berhenti sekitar jam 8.30 pagi dan air surut sepenuhnya jam 11 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!