Dera bayi: Bapa kandung ada lapan rekod jenayah

Laporan Sinar Harian pada Selasa. (Gambar dalam : Wan Hassan)
Laporan Sinar Harian pada Selasa. (Gambar dalam : Wan Hassan)
A
A
A

ALOR SETAR - Suspek yang dipercayai mendera bayi lelakinya sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Kampung Teluk Jawa, Padang Hang, di sini pada Isnin lalu mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk kes dadah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, lelaki tersebut direman sehingga 17 Oktober ini untuk membantu siasatan.

"Kita percaya suspek terlibat dengan penagihan dadah sejak dua ke tiga tahun lepas.

"Suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan lain-lain,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas perkembangan kes bayi berusia tiga bulan yang ditemui meninggal dunia dipercayai didera bapa kandungnya pada Isnin.

Difahamkan, mangsa maut dipercayai akibat kecederaan di bahagian kepala yang disebabkan oleh hentakan benda tumpul.

Wan Hassan berkata, dua lagi anak suspek berusia lima dan satu tahun kini berada dalam jagaan ahli keluarga yang lain.

Menurutnya, mereka dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan kini berada bawah pengawasan polis.

Artikel Berkaitan:

“Pemeriksaan kesihatan dilakukan kerana bimbang mungkin ada elemen gangguan seksual, sebab itu mereka dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan setakat ini masih belum dapat keputusan lagi.

“Di dalam rumah suspek dipercayai terdapat kamera litar tertutup (CCTV), dan jika benar ada maka polis akan buat rampasan untuk membantu siasatan kes,” ujar Wan Hassan lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!