Tiga beradik OKU terima bantuan YBR

Syaiful Rizal (kiri) dan Mohamad Ghazali (kanan) ketika menyerahkan sumbangan kepada keluarga tiga beradik OKU itu kediaman mereka di Nilai, Negeri Sembilan.
Syaiful Rizal (kiri) dan Mohamad Ghazali (kanan) ketika menyerahkan sumbangan kepada keluarga tiga beradik OKU itu kediaman mereka di Nilai, Negeri Sembilan.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) menghulurkan bantuan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada keluarga tiga beradik yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Pemberian bantuan tersebut disampaikan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani kepada bapa mereka, Mohd Zamri Asmoni di kediamannya di Nilai, Negeri Sembilan.

Mohd Zamri merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat kurier di kawasan Nilai manakala isterinya seorang suri rumah bersama-sama menjaga tiga anak OKU berusia sembilan hingga 17 tahun yang memerlukan pemantauan rapi serta penjagaan khusus.

Menurut Syaiful Rizal berkata, bantuan yang diberikan itu merupakan alternatif disediakan pihak yayasan untuk membantu golongan memerlukan.

"Pemberian bantuan berupa wang tunai ini adalah bagi membantu Mohd Zamri menyediakan keperluan asas isi rumah dan bantuan tambahan dana bagi keperluan anak-anaknya, Muhammad Hariz, Muhammad Hakimi dan Muhammad Uzair Hakim," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujar beliau, inisiatif tersebut diberikan sebagai bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan dalam kalangan asnaf, fakir miskin, anak yatim dan golongan ibu tunggal tatkala berdepan dengan pandemik Covid-19.

Turut hadir dalam majlis penyampaian bantuan itu, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!