Roda pesawat Boeing tertanggal ketika berlepas

Sebuah roda pesawat kargo tertanggal dan kelihatan berasap ketika ia berlepas dari sebuah lapangan terbang di Itali baru-baru ini. - Foto Twitter
Sebuah roda pesawat kargo tertanggal dan kelihatan berasap ketika ia berlepas dari sebuah lapangan terbang di Itali baru-baru ini. - Foto Twitter
A
A
A

ROM - Roda seberat 100 kilogram (kg) tertanggal daripada sebuah pesawat kargo di lapangan terbang Taranto, Itali baru-baru ini.

Pesawat kargo jenis Boeing 747 Dreamlifter itu tertanggal salah satu rodanya ketika sedang berlepas dari lapangan terbang berkenaan.

Roda yang tertanggal dan berasap itu kemudianya jatuh dan melantun di kawasan berumput di lapangan terbang tersebut.

Ia kemudian ditemui di ladang anggur di luar lapangan terbang di selatan Itali itu selepas ia melantun jatuh dari pesawat berkenaan.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam penerbangan ke Charleston, North Carolina, Amerika Syarikat (AS).

Walaupun mengalami kerosakan, pesawat itu selamat mendarat di AS.

Dalam pada itu, Boeing memberitahu Simple Flying bahawa penerbangan kargo Dreamlifter itu dikendalikan oleh Atlas Air dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Charleston selepas kehilangan roda semasa berlepas dari Lapangan Terbang Taranto-Grottaglie di Itali. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!