DUN Pahang bubar selepas belanjawan negeri diluluskan

Wan Rosdy (empat dari kini) menerima sumbangan persiapan banjir Petronas kepada Kerajaan Negeri Pahang diserahkan Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis.
Wan Rosdy (empat dari kini) menerima sumbangan persiapan banjir Petronas kepada Kerajaan Negeri Pahang diserahkan Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan ditentukan dalam masa terdekat setelah Belanjawan Negeri Pahang 2023 diluluskan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, belanjawan itu perlu diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali terakhir kerana ia penting untuk rakyat.

Menurutnya, sekiranya ia berjaya diluluskan, belanjawan itu akan terpakai selepas pilihan raya dan tidak perlu dibentangkan lagi.

Bila belanjawan lulus, kita boleh bubar DUN bila-bila masa. Ini penting kerana melalui belanjawan ini, kerajaan boleh membelanjakan peruntukan kewangan untuk negeri dan rakyat.

“Kalau tidak penjawat awam pun tidak akan dapat bonus sebulan setengah gaji seperti yang diumumkan dalan pembentangan belanjawan negeri baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Persiapan Banjir Petronas kepada Kerajaan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, pada Khamis.

Wan Rosdy bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar belanjawan itu akan diluluskan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memberi jaminan semua DUN di bawah BN termasuk di Pahang akan dibubarkan serentak dengan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Artikel Berkaitan:

UMNO/BN memenangi 25 daripada 42 DUN di Pahang manakala sembilan di bawah Pakatan Harapan (PH) dan lapan milik Pas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!