Lelaki maut kereta bertembung pacuan empat roda

A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki maut setelah kereta Perodua Kelisa dipandu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi L200 dalam kemalangan di Jalan Semambu di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, mangsa Mohd Afiq Irfan Rosli, 21, yang bekerja sendiri meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami.

Bagaimanapun pemandu Mitsubishi L200, Mohd Azizi Che Mamat, 32, yang bekerja sebagai peniaga kedai runcit hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, Mohd Azizi dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan.

“Siasatan awal mendapati Perodua Kelisa dari arah Beserah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Mitsubishi L200.

"Akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Kelisa meninggal dunia di tempat kejadian. Saksi awam diminta tampil membantu siasatan lanjut " katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!