Nahas bas: 11 mayat belum dituntut

Sebelas orang termasuk pemandu maut dalam kejadian 11.10 malam semalam. - Foto Bernama
Sebelas orang termasuk pemandu maut dalam kejadian 11.10 malam semalam. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebelas mayat warga asing yang terlibat dalam nahas bas pekerja berhampiran MASKargo, Sepang, di sini, semalam, belum dituntut.

Ketua Polis KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, daripada jumlah itu, sembilan mayat telah selesai proses bedah siasat manakala dua lagi belum dibuat pengecaman di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.

“Seramai 17 orang dilapor kritikal atau cedera masih dirawat di hospital iaitu tujuh orang di Hospital Serdang, enam di Putrajaya, dua di Banting dan masing-masing seorang di Kajang serta Klang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zulkifli berkata mayat pemandu bas pekerja yang maut iaitu S. Suresh, 43, telah dituntut warisnya semalam.

Semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) diarah membuat siasatan terhadap syarikat pengendali bas yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 12 orang itu.

Dalam nahas itu sebuah bas pekerja yang membawa 43 pekerja kontrak MASKargo terjunam ke dalam longkang besar berhampiran kompleks MASKargo, Sepang, menyebabkan 12 orang termasuk pemandu maut.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!