Dua ADUN tidak hadir sidang DUN Perlis

Sidang DUN Perlis.
Sidang DUN Perlis.
A
A
A
KANGAR - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak hadir ke Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-14 hari ini.

Speaker DUN Perlis, Datuk Hamdan Bahari berkata, beliau telah menerima dua permohonan ketidakhadiran daripada ADUN Titi Tinggi, Teh Chai Aan dan ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli.

Beliau berkata, ADUN Titi Tinggi bercuti dan berada di luar negara manakala ADUN Sanglang berada di luar kawasan dan tidak sempat pulang.

Persidangan DUN pada Khamis ialah persidangan khas bagi pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis dengan memasukkan perkara 50A berkaitan larangan ADUN di negeri ini bertukar parti. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!