SC gantung lesen Nazri Khan enam bulan
Menurut pihak pengurusan IPAM, ketika ini, ia sedang membuat rayuan susulan penggantungan itu dan menegaskan penggantungan itu adalah disebabkan pelanggaran pentadbiran, bukan mengenai pengurusan dana.
IPAM berkata, pihaknya mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam dana unit amanah dan pengurusan portfolio sejak lebih 30 tahun lepas dengan dikawal peraturan dan kawal selia ketat yang ditentukan SC.
"Yakinlah bahawa pelaburan anda diuruskan dengan selamat dan dikendalikan secara profesional oleh pasukan profesional pelaburan kami yang berkelayakan tinggi di IPAM.
"Ini adalah komitmen dan keutamaan kami untuk menguruskan pelaburan anda dengan bijak dan mencapai matlamat idaman anda,” katanya dalam satu kenyataan.
Para pelabur boleh menghubungi bahagian perkhidmatan pelanggan di talian 03-2117 1888 atau emel enquiry_ipam@interpac.com.my untuk sebarang pertanyaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!