27 maut, 32 hilang bot karam di Congo

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A
KIGALI - Sekurang-kurangnya 27 orang maut manakala 32 lagi masih hilang selepas bot yang dinaiki karam di Sungai Congo di Republik Demokratik Congo, lapor Agensi Anadolu.

Bot itu dilaporkan terbalik di hilir kawasan Wendji-Secli kira-kira 20 kilometer (12 batu) dari barat daya bandar Mbandaka di wilayah Equateur pada lewat Selasa, menurut jurucakap wilayah Luc-Didier Mbula.

"Sehingga pagi Rabu, 27 mayat telah ditemukan termasuk bayi, manakala kira-kira 60 lagi mangsa berjaya diselamatkan," kata Mbula kepada pemberita.

Bot itu dilaporkan membawa sekitar 120 penumpang, manakala usaha menyelamat masih dijalankan.

Kemalangan itu dipercayai berlaku akibat tiupan angin kencang hingga mengakibatkan bot karam. - Bernama
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!