PRU15: Hajiji tak berminat bertanding di Parlimen Tuaran
Menjelaskan perkara itu, beliau menyatakan tidak berminat untuk bertanding di kerusi berkenaan.
"Saya tidak berminatlah, saya tidak berminat," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya berhubung permintaan akar umbi yang mahukan beliau menjadi calon di Parlimen Tuaran.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tuaran Tahun 2022 di Dewan Sri Sulaman pada Khamis.
Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, berkemungkinan besar gabungan itu akan meletakkan calon di Parlimen Tuaran pada PRU kali ini.
"Kita akan bawa dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS pada malam ini dan kita akan sampaikan nanti dalam perbincangan kita dengan BN ," jelas beliau.
Ditanya jika akan berlaku pertembungan antara rakan mesra GRS dalam pilihan raya, beliau menafikan akan berlaku perkara itu sebaliknya menegaskan mereka semua adalah rakan GRS.
"Sudah tentu tidak, kerana mereka adalah rakan kita. Jadi mereka akan bekerjasama dengan rakan bersekutu," katanya.
Hajiji dalam pada itu turut berkata, rakan mesra GRS adalah rakan dalam satu perjuangan namun dalam Perlembagaan mereka tidak boleh menentukan pengundian dan sebagainya.
"Tetapi kita akan bersama-sama mereka untuk memastikan Bersatu ini sebagai satu parti yang kuat dan kita akan bagi apa juga peluang yang sepatutnya kepada mereka sama ada dalam pilihan raya atau pun dalam apa juga yang kita perjuangkan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!