Suraya nafi letak jawatan untuk bertanding PRU15

Suraya
Suraya
A
A
A

SUNGAI PETAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob menafikan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Exco Kedah adalah untuk bertanding kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

"Tak la.. (bertanding) parlimen tak tentu lagi,” katanya kepada Bernama.

Hari ini dalam satu kenyataan Suraya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pendang mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya akan melantik Exco baharu bagi menggantikan Suraya yang sebelum ini memegang portfolio Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga.

Beliau juga mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan itu dan berkata Suraya sudah menyerahkan fail-fail berkaitan portfolionya.

Muhammad Sanusi berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di sini pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!