Bursa Malaysia diiktiraf terbaik bagi penyenaraian Islamik

Bursa Malaysia dinobatkan sebagai Bursa Saham Terbaik Bagi Penyenaraian Islamik 2022.
Bursa Malaysia dinobatkan sebagai Bursa Saham Terbaik Bagi Penyenaraian Islamik 2022.
A
A
A

BURSA Malaysia Bhd dinobatkan sebagai Bursa Saham Terbaik Bagi Penyenaraian Islamik menerusi Tinjauan Perkhidmatan Penyedia Islamic Finance News (IFN) 2022.

Tinjauan Perkhidmatan IFN tersebut menyenaraikan sembilan penyedia perkhidmatan paling cemerlang dalam industri kewangan Islam global dari serata dunia bagi 2022 yang dipilih serta pengundian oleh kelompok terbabit.

IFN merupakan peneraju bagi berita serta penyedia penyelesaian kewangan Islam.

"Usaha tinjauan bagi tahun ini juga merupakan satu rekod pencapaian dengan peningkatan sebanyak 70 peratus dari segi penyertaan pengundi berbanding 2021,” menurut IFN dalam satu kenyataan.

Acara kali ini turut mencatat undian tertinggi berjumlah lebih 8,800 daripada kalangan penggiat industri kewangan Islam, pelabur serta korporat dari segenap peringkat global. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!