Ruang kapal terbang latih diri kompromi

Gambar hiasan 123RF.
Gambar hiasan 123RF.
A
A
A

SEMPIT, lemas, ruang terhad dan barisan panjang. Begitulah gambaran suasana tempat duduk dalam kapal terbang di bahagian tempat duduk kelas ekonomi.

Kena pula sedang kita sedap menonton filem hindustan di skrin mini sekali jiran di hadapan membaringkan kerusi, aduhai, sakit hati!

Pernah sekali Merak Jalanan sedang menikmati hidangan sekali jiran di hadapan ‘buat hal’ habis tumpah air kopi panas di riba.

Keadaan ini mungkin berbeza jika kita menempah tempat duduk kelas bisnes yang jauh lebih selesa dan mempunyai ruang selesa. Harga sebuah keselesaan itu juga bukannya murah malahan mencecah lebih dua kali ganda.

Namun dalam penerbangan yang ada mengambil masa sejam atau dua itu sudah semestinya menuntut semua penumpang lebih berkompromi dengan penumpang lain.

Mesej yang ingin Merak Jalanan sampaikan ialah seberapa kuat ujian dan badai mendatang, kita harus kuat semangat dan berkompromilah sebanyak mungkin.

Kompromi sememangnya resipi kedamaian dan keharmonian. Andai kata semua orang mahu menang dan merasakan diri sendiri sahaja yang betul, maka tidak akan amanlah dunia fana ini.

Sama juga ketika kita bekerja di pejabat. Kita tidak boleh menjadi pemain bola yang mengelecek bola sendirian dari depan sampai ke hujung padang bagi mengejar gol.

Artikel Berkaitan:

Sering kali Merak Jalanan perhatikan sikap sesetengah karyawan yang sering ‘claim credit’ dalam banyak hal terutamanya jika ada benda bagus berlaku, jika ada kesalahan berlaku, mulalah senaman jari berlaku, tunding-menunding kepada pihak lain.

Jangan sesekali menggunakan istilah ‘saya’ dalam jabatan sebaliknya gunakanlah istilah ‘kami’. Jangan perasan ya, ‘saya’ itu tidak mampu meraih kejayaan sendirian, namun melalui ‘kami’, segalanya mungkin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!