‘Najib hilang kelayakan tanding PRU’
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk bertanding dan mempertahankan kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kecuali mantan Presiden UMNO itu mendapat pengampunan diraja dalam masa terdekat walaupun peluang berkenaan tipis.
Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, bekas Pengerusi BN itu tidak layak bertanding atau menjadi calon sama ada dalam PRU15, pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil berdasarkan Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara 48(5) Perlembagaan Persekutuan menetapkan sekatan bagi seorang yang dijatuhi hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun atau dihukum denda tidak kurang daripada RM2,000 untuk dinamakan sebagai calon, dipilih atau dilantik sebagai ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kecuali dia sudah mendapat pengampunan bebas.
Baca berita penuh di Sinar Premium
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!