Saka julang Arsenal

Saka (depan) meledak satu gol ketika membantu Arsenal menewaskan Bodo/Glimt dalam saingan Liga Europa pada Jumaat. - Foto Agensi
Saka (depan) meledak satu gol ketika membantu Arsenal menewaskan Bodo/Glimt dalam saingan Liga Europa pada Jumaat. - Foto Agensi
A
A
A

ARSENAL mengekalkan rekod bersih dalam Liga Europa selepas Bukayo Saka meledak gol kemenangan ketika menewaskan Bodo/Glimt 1-0 di tempat lawan pada Jumaat.

Saka menjaringkan gol pada minit ke-24 di Norway untuk memberikan The Gunners kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Kumpulan A.

Kemenangan itu juga amat bermakna buat The Gunners yang memadamkan rekod cemerlang pasukan tuan rumah di laman sendiri.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan menentang pasukan yang sudah memenangi 14 perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri.

"Kami menjangkakan malam yang sukar di sini dan kami membuat banyak perubahan sekali lagi tetapi saya gembira dapat mencari jalan untuk menang," ujar Saka.

Pasukan lawan memberi tentangan sengit untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

"Lawan benar-benar pantas dan sering melakukan hantaran yang anda tidak jangkakan.

"Perlawanan menjadi sangat pantas dan pemain mula melakukan beberapa kesilapan.

Artikel Berkaitan:

"Ada ketikanya pemain kehilangan tumpuan dan tewas dalam perebutan bola tetapi keinginan mereka untuk menang sangat tinggi dan anda boleh melihatnya," kata Saka.

Dengan kemenangan itu, Arsenal kini mempunyai kelebihan dua mata di tangga teratas berbanding PSV Eindhoven, yang membelasah FC Zurich 5-0.

Bodo/Glimt pula mengumpul empat mata selepas empat perlawanan.

Kemenangan ke-11 Arsenal daripada 12 perlawanan di semua pertandingan mencerahkan peluang mereka untuk mara ke pusingan kalah mati.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!