Anda boleh bawa 'tukang urut' balik rumah

OGAWA tawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi produk kerusi urut dengan bayaran ansuran tanpa faedah

A
A
A

 Izzue Islam mencuba salah satu kerusi urut sempena pembukaan outlet OGAWA di IOI City Mall, Putrajaya.
 Izzue Islam mencuba salah satu kerusi urut sempena pembukaan outlet OGAWA di IOI City Mall, Putrajaya.

PUTRAJAYA - Badan anda rasa lenguh-lenguh dan tak selesa selepas seharian penat bekerja, menempuh pemanduan jauh, membuat kerja berat dan sebagainya? Anda pasti mahu badan anda diurut sempurna dan selesa seperti diurut oleh tukang urut profesional kan?

Jangan risau, anda tak perlu lagi bertemu tukang urut kerana anda boleh memiliki kerusi urut yang terbaik di dunia dengan bayaran ansuran tanpa faedah. Menarik kan!

Ini kerana, OGAWA Malaysia menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi produk kerusi urut sempena pembukaan cawangan kedai terbarunya di Pusat Beli-Belah IOI City Mall, Fasa 2 (Tingkat 2, Lot L2-239).

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia, Datuk Lim Mee Ling berkata, potongan harga itu diberikan bagi dua produk kerusi urutnya iaitu Master Drive AI 2.0 dan VPresto. Diskaun 50 peratus hanya diberikan kepada model VPresto.

"Untuk Master Drive AI 2.0, untuk pelan pembelian secara ansuran tanpa faedah, bayaran bulanan yang dikenakan selama 68 bulan hanya serendah RM322.05 sahaja.

"Bagi VPresto pula, bulanan serendah RM155.87 sahaja menerusi pelan bayaran sehingga 68 bulan tanpa faedah,"katanya pada pembukaan rasmi cawangan OGAWA Malaysia di IOI City Mall pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan:

Izzue Islam (kiri) dan Farah Nabilah (kanan) yang hadir menyerikan majlis pembukaan outlet OGAWA Malaysia di IOI City Mall, Putrajaya bergambar bersama Datuk Lim Mee Ling.
Izzue Islam (kiri) dan Farah Nabilah (kanan) yang hadir menyerikan majlis pembukaan outlet OGAWA Malaysia di IOI City Mall, Putrajaya bergambar bersama Datuk Lim Mee Ling.

Majlis perasmian pembukaan itu disempurnakan Datuk Lim Mee Ling dan Timbalan Pengarah OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong yang melakukan gimik pemotongan riben.

Gimik perasmian itu turut dilakukan Ketua Pembangunan Perniagaan OGAWA Malaysia, Xenix Quah; Ketua Pemasaran OGAWA Malaysia, Au Jiun Yang; Pengurus Jualan Bahagian OGAWA Malaysia, Zulkarnain Chai; Penolong Pengurus Besar IOI City Mall, Wilfred Wong dan Pengurus Kanan Pajakan IOI City Mall, Catherine Chin.

Acara pembukaan tersebut berjaya menarik kehadiran lebih 100 pengunjung pusat beli belah berkenaan apabila turut diadakan persembahan tarian singa selain majlis diserikan dengan kehadiran dua selebriti terkenal iaitu Izzue Islam dan Farah Nabilah.

Diskaun kerusi urut berkenaan hanya ditawarkan di kedai berkenaan sehingga 31 Oktober 2022.

Mengulas lanjut, Datuk Lim Mee Ling menjelaskan, kedai baharu itu tampil dengan pembaharuan iaitu mewah, besar dan berteknologi tinggi untuk meningkatkan jenama syarikat dan terus menerajui pasaran.

Dari kiri, Xenix, Farah Nabilah, Catherine, Wilfred, Datuk Lim Mee Ling, Boon Hong, Izzue Islam, Jiun Yang dan Zulkarnain melakukan gimik pemotongan riben sebagai pembukaan rasmi outlet OGAWA di IOI City Mall, Putrajaya.
Dari kiri, Xenix, Farah Nabilah, Catherine, Wilfred, Datuk Lim Mee Ling, Boon Hong, Izzue Islam, Jiun Yang dan Zulkarnain melakukan gimik pemotongan riben sebagai pembukaan rasmi outlet OGAWA di IOI City Mall, Putrajaya.

"Sebagai imej jenama generasi keempat kami, logo jenama telah dinaik taraf dengan ciri mempesonakan iaitu menggabungkan teknologi, kecerdasan dan gaya serta mencipta citarasa antarabangsa dalam pengalaman 'kehidupan rumah pintar' yang mengasyikkan.

"Ini merupakan cawangan kedai ke-52 kami di negara ini dan kami memilih IOI City Mall untuk pembukaan outlet baharu ini kerana ia adalah pusat beli-belah yang berprestasi tinggi. Ia akan menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia selepas pembukaan Fasa 2,"tambahnya.

Sementara itu, ujar beliau, Izzue dan Farah Nabilah dijemput khas ke acara berkenaan kerana mereka adalah pengguna OGAWA.

Katanya, kedua-dua selebriti itu sangat menyokong jenama OGAWA dan disebabkan itu hari pembukaan istimewa pembukaan tersebut diraikan bersama.

Untuk rekod, OGAWA yang dibuka sejak 1996 setakat ini sudah memiliki lebih 1,000 outlet di seluruh dunia.

Jadi apa yang anda tunggu lagi, segeralah berkunjung ke cawangan kedai OGAWA terbaru di Pusat Beli-Belah IOI City Mall, Fasa 2 (Tingkat 2, Lot L2-239).

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Zulkarnian Chai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!