Jemaah umrah Malaysia alami radang paru-paru diselamatkan
MAKKAH - Sebuah pasukan perubatan dari Hospital Kecemasan Ajyad di Makkah, Arab Saudi menyelamatkan nyawa seorang jemaah umrah Malaysia, lapor Saudi Gazette pada Khamis.
Menurut laporan berita tersebut, pasukan perubatan dari hospital yang terletak berdekatan dengan Masjidilharam itu bertindak menyelamatkan nyawa seorang jemaah umrah Malaysia yang berusia 72 tahun.
Jemaah berkenaan mengalami masalah radang paru-paru dan kegagalan pernafasan yang teruk ketika menunaikan umrah.
Hatem Al-Masoudi iaitu jurucakap Kluster Kesihatan Makkah berkata, pasukan respons pantas dari hospital itu berjaya menangani kes tersebut dengan cepat.
"Jemaah tersebut dipindahkan ke hospital dan pertolongan cemas diberikan dengan segera tanpa sebarang kelewatan.
"Alat ventilator digunakan ke atas pesakit itu sehingga keadaannya stabil," katanya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!