Bantu usahawan pinjam sambil menyimpan

YaPEIM, MAIWP tawar pinjaman tanpa faedah dan geran simpanan emas

A
A
A

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad
(tengah) bergambar bersama penerima sumbangan pada Majlis Pelancaran
Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Asnaf di Hotel Sunway
Putra pada Rabu. Turut bersama, Awang (dua dari kanan) dan Pemangku Ketua
Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya (dua dari kiri).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan pada Majlis Pelancaran Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Asnaf di Hotel Sunway Putra pada Rabu. Turut bersama, Awang (dua dari kanan) dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya (dua dari kiri).

PETALING JAYA - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Asnaf bagi membantu usahawan asnaf negara ini.

Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Awang @ Musran Tawil berkata, program itu membolehkan satu platform iaitu Skim I Dana YaPEIM diwujudkan dan menjadi akuan pemilikan kepada pelanggan yang memiliki emas sebagai sekuriti untuk membolehkan mereka memperoleh akses kredit serta pembiayaan daripada institusi kewangan yang terpilih.

Katanya, berbeza dengan produk pinjaman lain, program itu bukan sahaja menawarkan pinjaman tanpa faedah tetapi juga geran berbentuk simpanan emas yang akan dibiayai oleh MAIWP.

“Pertamanya, program ini bertujuan memberi motivasi kepada usahawan agar berjaya dalam perniagaan mereka. Kedua, kita melihat seseorang usahawan yang berjaya perlu mempunyai budaya menyimpan.

“Ini antara sebab mengapa program ‘reverse saving’ ini dilaksanakan. Objektifnya, sebelum penerima berniaga dan mendapat untung, dia sebenarnya telah menyimpan,” katanya dalam satu temu bual bersama Sinar Harian.

Membina perniagaan

Artikel Berkaitan:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menyaksikan Awang (kanan) dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara YaPEIM) dan MAIWP pada Majlis Pelancaran Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Asnaf di Hotel Sunway Putra pada Rabu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menyaksikan Awang (kanan) dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara YaPEIM) dan MAIWP pada Majlis Pelancaran Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Asnaf di Hotel Sunway Putra pada Rabu.



Menurut Awang, program itu juga dilihat boleh menjadi platform kepada usahawan asnaf memulakan perniagaan dan membolehkan mereka mendapat pembiayaan lebih besar pada masa akan datang.

Jelasnya, simpanan emas diperoleh penerima di bawah program tersebut akan dikendalikan oleh YaPEIM sepanjang tempoh pembiayaan iaitu antara tiga hingga lima tahun, bergantung kepada ketetapan dipersetujui.

Tambahnya, program bantuan yang bermula pada 12 Oktober itu akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan pada tahun ini sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada tahun hadapan.

“MAIWP memperuntukkan RM20 juta untuk mewujudkan simpanan emas sebagai cagaran kepada penerima manakala YaPEIM menyediakan sebanyak RM10 juta untuk pinjaman kepada usahawan,” ujarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad
(tengah) bergambar selepas sesi menandatangani memorandum persefahaman
(MoU) antara YaPEIM dan MAIWP pada Majlis Pelancaran Program Pembangunan
Ekonomi dan Keusahawanan Asnaf di Hotel Sunway Putra pada Rabu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad (tengah) bergambar selepas sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara YaPEIM dan MAIWP pada Majlis Pelancaran Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Asnaf di Hotel Sunway Putra pada Rabu.

Pihaknya menjangkakan seramai 2,000 usahawan asnaf bakal menyertai program berkenaan dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun ini.

Sementara itu katanya, tiga kriteria utama ditetapkan bagi melayakkan peserta memohon iaitu memiliki status asnaf, berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai perusahaan untuk berniaga.

“Untuk mengetahui sama ada layak atau tidak, pemohon boleh mengisi borang permohonan di MAIWP untuk memastikan adakah mereka ini layak dikategorikan sebagai asnaf,” jelas beliau.

Mengenai pencapaian program keusahawanan lain yang dijalankan oleh YaPEIM pada tahun ini, Awang berkata, setakat Ogos lalu seramai 22,000 usahawan telah mendapat manfaat daripada skim Ar Rahnu Bisnes YaPEIM membabitkan nilai dana sebanyak RM53 juta.

“Selain itu, kerajaan juga menyalurkan RM50 juta melalui produk Ar Rahnu BizNita bagi membantu golongan usahawan wanita. Dana ini juga telah berjaya diselesaikan oleh YaPEIM,” ujarnya.

Awang berkata, kejayaan beberapa program yang dilaksanakan di bawah YaPEIM itu membuktikan bahawa usahawan sememangnya ternanti-nantikan inisiatif dan dana yang disalurkan melalui agensi tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Asnaf di Hotel Sunway Putra pada Rabu. Turut bersama, Awang (kanan) dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Asnaf di Hotel Sunway Putra pada Rabu. Turut bersama, Awang (kanan) dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya.

Program Pembangunan Ekonomi dan Keusahawanan Asnaf

- Kerjasama YaPEIM dan MAIWP.

- Seramai 2,000 usahawan berpotensi terpilih.

- RM20 juta diperuntukkan MAIWP kepada 2000 asnaf untuk membeli emas di Akaun Emas YaPEIM (SERY).

- Pinjaman kepada usahawan asnaf bermula RM5,000 hingga RM20,000 daripada institusi kewangan terpilih.

- YaPEIM menyediakan latihan dan bimbingan untuk pembangunan usahawan emas.

- Usahawan asnaf yang layak memohon terdiri daripada warganegara, berusia 18 tahun ke atas, Islam, tidak muflis serta berada di bawah MAIWP.

- Usahawan asnaf perlu mempunyai akaun SERY untuk membolehkan mereka membuat pinjaman dengan institusi kewangan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!