Roma bangkit ikat Betis

Belotti meraikan jaringannya ketika bantu Roma seri menentang Betis.
Belotti meraikan jaringannya ketika bantu Roma seri menentang Betis.
A
A
A

PENGENDALI Roma, Jose Mourinho memuji kebangkitan anak buahnya ketika seri 1-1 menentang Real Betis pada aksi Liga Europa awal pagi tadi.

Menurut beliau, meskipun turun tanpa beberapa tonggak utama pada perlawanan tersebut, namun semua pemain menampilkan persembahan bertenaga sekali gus membuka peluang Roma untuk mara ke pusingan seterusnya.

“Ia satu perlawanan yang memberi tekanan yang agak hebat, sekiranya tewas kami akan terkeluar.

“Melangkah ke separuh masa kedua ketinggalan 1-0 bukan satu perkara mudah terutama ketika kami berhadapan pelbagai masalah seperti kecederaan, keletihan dan bermain menentang pasukan baru.

“Bagaimanapun semangat dan usaha membawa kami kembali ke permainan pada separuh masa kedua dan berjaya mengutip satu mata berharga,” katanya.

Pada aksi tersebut, Betis membuka tirai jaringan menerusi Sergio Canales pada minit ke-34.

Bagaimanapun Roma berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi penyerangnya, Andrea Belotti pada minit ke-53 sekali gus memastikan Roma dapat bersaing dalam kejohanan tersebut.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!