'Selamat bersidang kepada perwakilan Bahagian UMNO'

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan Bahagian UMNO di seluruh negara.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berharap para perwakilan akan menjadikan persidangan itu sebagai wadah memperkukuhkan parti.

"Gunakan persidangan ini sebagai sebuah wadah murni bagi memperkukuhkan parti untuk meneruskan khidmat bakti kepada seluruh masyarakat.

"Semoga tekad, usaha dan doa perjuangan kita dapat membuahkan hasil yang memanfaatkan seluruh Keluarga Malaysia,” menurut Ismail Sabri dalam catatan di Facebooknya malam ini.

Persidangan Bahagian UMNO bermula Jumaat hingga Ahad melibatkan 191 bahagian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!