Teknik torehan betul, tingkat hasil getah

Abdul Aziz (dua,kiri) dan Muthaya (kiri) melihat biji getah ketika pameran pada majlis perasmian MRB-IRRDB International Workshop on Soil Fertility, Good Agricultural Practices (GAP) and
Productivity di Hotel Mahkota, Banda Hilir, di sini hari ini.
Abdul Aziz (dua,kiri) dan Muthaya (kiri) melihat biji getah ketika pameran pada majlis perasmian MRB-IRRDB International Workshop on Soil Fertility, Good Agricultural Practices (GAP) and Productivity di Hotel Mahkota, Banda Hilir, di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Hasil getah mampu dipertingkatkan sekiranya pekebun dan penoreh di negara ini menggunakan teknik torehan yang betul.

Setiausaha Agung Lembaga Penyelidikan Dan Pembangunan Getah Antarabangsa, Datuk Dr Abdul Aziz S. A Kadir berkata, bagaimanapun penggunaan teknik yang betul kurang diberikan perhatian oleh golongan terbabit sedangkan ia dapat menghasilkan getah yang berkualiti dan tidak mustahil harga hasil tanaman tersebut meningkat.

Menurutnya, pihaknya tidak pernah meminggirkan golongan penoreh getah memandangkan 95 peratus hasil pengeluaran getah dunia adalah dari pekebun kecil dan dari masa ke semasa mereka perlu didedahkan dengan kursus-kursus mahupun teknik penting itu secara berperingkat.

"Penorehan itu penting, jika cara penorehan tidak betul atau tidak mengikut seperti yang disyorkan ianya akan menjejaskan hasil pengeluaran getah. Saya percaya ada sesetengah pengusaha ladang getah mengupah penoreh namun tidak pula mengambil tahu dan peka dengan teknik torehan yang dilakukan.

"Contoh di Thailand, kebanyakan penoreh getah di sana mengasah pisau selama tiga hari sebelum mula menoreh tetapi berbeza di sini. Sebenarnya negara kita juga ada latihan (torehan) namun ramai pekebun yang tidak tahu dan kita juga akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)," katanya.

Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian MRB-IRRDB International Workshop on Soil Fertility, Good Agricultural Practices (GAP) and Productivity oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) Kementerian Industri Utama, Ravi Muthaya di Hotel Mahkota, Banda Hilir, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) Lembaga Getah Malaysia (LGM), Dr Amir Hashim Md Yatim.

Sementara itu, Muthaya berkata kementerian itu berhasrat untuk memaksimumkan penggunaan bahan mentah tersebut dalam projek-projek mega seperti Kereta Api Pantai Timur (ECRL) menerusi kepelbagaian produk termasuk peralatan keselamatan pekerja dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dengan cara itu akan dapat meningkatkan permintaan penggunaan getah di negara ini walaupun Malaysia merupakan antara negara pengeluar sarung tangan getah terbesar.

"Kita tidak seharusnya fokus untuk ‘supply site’ bagi pengeluaran sahaja, namun perlu juga usaha meningkatkan permintaan dan penggunaan getah dalam negara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!