Agong kurnia surat cara pelantikan kepada 10 hakim
![Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar kenangan pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Suratcara Pelantikan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara hari ini.
Turut sama Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar (duduk empat, kiri) dan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum (duduk lima, kiri). - Foto Bernama](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/04/09/261273.jpg)
Keberangkatan tiba Seri Paduka diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.
Istiadat dimulakan dengan pengurniaan surat cara kepada Datuk Rozana Ali Yusoff yang mengetuai senarai penerima hari ini.
Diikuti sembilan hakim yang lain iaitu Datuk Faizah Jamaludin, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid, Abu Bakar Katar, Hayatul Akmal Abdul Aziz, Wong Chee Lin, Darryl Goon Siew Chye, Ismail Brahim, Dean Wayne Daly dan Celestina Stuel Galid.
Turut menyaksikan istiadat pelantikan itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar; Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maarop.
Pelantikan kesemua hakim berkenaan berkuat kuasa hari ini.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!