UMNO beri tumpuan negeri tidak bubar DUN

Mahdzir
Mahdzir
A
A
A

PADANG TERAP - UMNO akan memberikan tumpuan kepada jentera parti itu dalam membantu kemenangan calon Parlimen mereka di negeri-negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, fokus parti meliputi jentera di semua peringkat sehingga ke akar umbi selepas UMNO membuat keputusan untuk bergerak solo.

"Jentera parti itu makna berapa DUN yang ada dalam itu, berapa pusat daerah mengundi yang ada, dia buat sendiri. (Jadi) orang dalam itu akan tahu kekuatan mereka di tahap mana sekarang atau tahu ketumbukan jentera itu.

"Yang keduanya barulah bercakap mengenai isu, orang nak sokong atau tidak? Rakyat akan bagi persepsi, kepada keseluruhan jentera itu dan yang ketiganya baru datang kepada isu nasional yang hendak dibawa," katanya pada sidang akhbar di Padang Kerasak, dekat sini.

Mahdzir hadir merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap dan pelancaran jentera pilihan raya Barisan Nasional Padang Terap pada Sabtu.
Mahdzir hadir merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap dan pelancaran jentera pilihan raya Barisan Nasional Padang Terap pada Sabtu.

Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap dan pelancaran jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Padang Terap.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Ghazali Ibrahim.

Sebelum ini, BN memilih terus bergerak solo susulan keputusan Pas untuk mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15 akan datang.

Artikel Berkaitan:

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan Pas Pusat untuk terus bersama dengan PN bagi menghadapi PRU15 sudah dijangkakan.

Katanya, dengan keputusan itu, UMNO bersama BN akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan.

Sementara itu, Mahdzir berkata, bagi memastikan UMNO menang dalam PRU15, solidariti dalam kalangan ahli parti di semua peringkat juga sangat diperlukan.

"UMNO sudah bersiap siaga bagi menghadapi PRU kali ini dengan berpijak di bumi yang nyata.

"Maknanya kita tahu dari mana kita dan macam mana kita datang menjadi kerajaan ini dan kita pastikan bahawa kita menang balik PRU15," ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!