PH belum muktamadkan Wan Azizah bertanding PRU15

Wan Azizah (dua dari kiri) turut hadir pada Majlis Pelancaran Iltizam Wanita dan Jentera PRU15 di Dewan Raja Muda Musa pada Sabtu. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Wan Azizah (dua dari kiri) turut hadir pada Majlis Pelancaran Iltizam Wanita dan Jentera PRU15 di Dewan Raja Muda Musa pada Sabtu. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pakatan Harapan (PH) masih belum memuktamadkan sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan kembali bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ada permintaan khususnya daripada pimpinan wanita untuk melihat bekas Ahli Parlimen Pandan itu kembali bertanding.

Bagaimanapun katanya, segala cadangan dan permintaan akan diperhalusi.

"Memang ada permintaan untuk melihat beliau bertanding dalam PRU15, kita akan lihat bagaimana.

"Saya sendiri pun belum tahu, bertanding atau tidak dan di mana," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Iltizam Wanita dan Jentera Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Raja Muda Musa di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Anwar berkata, PH juga akan mengusahakan untuk memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada calon gabungan itu daripada kalangan wanita.

Jelasnya, jika ia berjaya dicapai, itu akan menjadi permulaan yang sangat meyakinkan bagi PH.

Sementara itu, Anwar masih mengunci mulut tentang kerusi yang akan ditandinginya.

Artikel Berkaitan:

"Pening juga. Negeri Sembilan minta, Johor minta, Perak minta. Pulau Pinang sahaja tidak minta saya balik bertanding," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!