Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

PRU15: Calon BN Johor perlu lalui tapisan

15 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 15 OKTOBER 2022

Calon BN yang akan bertanding di semua 26 kerusi Parlimen di Johor pada PRU15 perlu melalui beberapa tapisan sebelum nama dimuktamadkan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, tapisan yang perlu dilalui calon itu merupakan proses penting bagi memastikan hanya calon terbaik dapat dipilih sebagaimana pada Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac lalu.

UMNO Johor akan bertanding di 17 kerusi Parlimen, MCA lapan dan MIC satu selain meletakkan sasaran untuk menang 16 hingga 20 kerusi yang dipertandingkan pada PRU15.

Artikel: https://bit.ly/3MCjesE

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa