Rusuhan di stadium, empat polis cedera

Polis cuba mengawal rusuhan penyokong pada aksi West Ham menentang Anderlecht dalam saingan Liga Konferensi Eropah pada Jumaat. - Foto Agensi
Polis cuba mengawal rusuhan penyokong pada aksi West Ham menentang Anderlecht dalam saingan Liga Konferensi Eropah pada Jumaat. - Foto Agensi
A
A
A

PERTEMBUNGAN West Ham dan Anderlecht dalam saingan Liga Konferensi Eropah disulami rusuhan yang menyebabkan empat anggota polis mengalami kecederaan, pada Jumaat.

Para penyokong bertindak mencabut kerusi, membaling objek dan suar ketika perlawanan menuju penghujung babak kedua.

Suar turut dilontar sebelum sepak mula yang hampir jatuh ke padang, tetapi ketegangan memuncak sebelum perlawanan tamat tersebut yang dimenangi Hammers 2-1.

Petugas keselamatan sukar mengawal keadaan sehingga memaksa polis pencegah rusuhan dipanggil ketika tempoh 10 minit terakhir perlawanan apabila mereka cuba memisahkan penyokong kedua-dua pasukan.

Seorang anggota polis cedera di kepala terkena kerusi dan seorang lagi patah pergelangan tangan, manakala keseluruhannya empat polis mengalami kecederaan dengan dua daripada mereka memerlukan rawatan lanjut.

Seorang lelaki ditahan selepas menyerang polis dan 12 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan.

Anderlecht kemudiannya memohon maaf di atas insiden itu yang akan disiasat UEFA selepas suar dibaling ke tempat duduk penyokong West Ham.

Petugas keselamatan juga terpaksa menyekat penyokong Anderlecht yang cuba menceroboh padang.

Artikel Berkaitan:

Jurucakap Anderlecht memberitahu, pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu keganasan dan berasa kesal dengan tindakan tersebut.

“Kami meminta maaf kepada West Ham. Kami tidak bertolak ansur dengan keganasan dan kesal dengan tingkah laku penyokong,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!