Kawasan kubur sering 'dikunjungi' babi
PASIR PUTEH - Penduduk Kampung Tok Kamis, Gaal di sini, resah apabila kawasan perkuburan yang tidak dipagarkan sempurna sering dimasuki babi liar.
Pagar lama di Tanah Perkuburan Dalam Rezab Kampung Tok Kamis itu dikatakan rosak hampir 10 tahun lalu tetapi tidak ada pihak yang menyelenggarakannya semula sehingga ke hari ini.
“Sebahagian besar pagar runtuh menyebabkan kawasan itu sering dimasuki babi. Bukan seekor dua babi, sekumpulan masuk kawasan kubur, biasanya waktu lewat petang dan malam.
“Saya berharap ada pihak yang membantu menyelesaikan masalah ini seberapa segera,” katanya.Menurutnya, kawasan perkuburan itu turut menempatkan kubur guru agama tersohor di kampung itu suatu ketika dahulu yang dikenali sebagai Tok Anjang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!