GTA muktamadkan jumlah kerusi ditandingi dalam masa terdekat

Mukhriz (tengah) pada sidang akhbar selepas mesyuarat di Pejabat Pejuang Negeri Johor pada Sabtu.
Mukhriz (tengah) pada sidang akhbar selepas mesyuarat di Pejabat Pejuang Negeri Johor pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Gerakan Tanah Air (GTA) dijangka memuktamadkan jumlah kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kawasan majoriti Melayu dan kerusi di Johor antara yang menjadi tumpuan.

"Kita belum lagi muktamadkannya... biasanya kerusi Melayu. Kalau kita lihat di Johor ini ada 26 kerusi, dengan majoriti kerusi majoriti Melayu sebanyak 17 kerusi.

"Saya belum boleh nyatakan berapa banyak yang kita tanding di Johor tapi dalam masa terdekat kita buat pengumuman kerana kita boleh jangka tarikh PRU15 dalam tempoh tak sampai sebulan dari sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat di Pejabat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Negeri Johor, di sini pada Sabtu.

Mukhriz berkata, GTA juga turut menyatakan minat untuk bertanding di 120 kerusi seluruh negara khususnya di Semenanjung Malaysia.

Dalam pada itu penyandang kerusi Parlimen Jerlun itu turut berhasrat mahu mempertahankan kerusi tersebut pada PRU15.

"Ya (bertanding di Parlimen Jerlun), kalau masih sudi menerima, saya menawarkan diri di Jerlun.

Artikel Berkaitan:

"Begitu juga dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan turut mempertahankan Parlimen Langkawi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!