Pejuang, Putra belum muktamad pembahagian kerusi di Kelantan
Ketua Pejuang Kelantan, Datuk Sazmi Miah berkata, ia susulan mesyuarat GTA pada Sabtu yang dihadiri wakil pimpinan kedua-dua parti tersebut, gagal mencapai kata putus.
"Jadi tiada keputusan yang dibuat, kerana ada pertindihan calon kerusi Parlimen yang dikemukakan oleh kedua-dua parti, antaranya di Parlimen Kota Bharu, Tumpat dan Pengkalan Chepa.
"Pengerusi GTA Kelantan, Datuk Ibrahim Ali, tidak sepatutnya terburu-buru membuat kenyataan kerana sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan semua pimpinan parti Komponen di dalam GTA,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.
Sazmi yang juga Timbalan Pengerusi GTA Kelantan berkata, keputusan untuk menempatkan calon masih lagi dalam perbincangan dan perincian, kerana gabungan itu akan mengetengahkan calon-calon yang terbaik.
Media pada Sabtu melaporkan Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi GTA dan Presiden Putra berkata, parti itu akan bertanding di tujuh daripada 14 kerusi Parlimen Kelantan pada PRU15. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!