PRU15: Sarawak pertimbang beri subsidi balik mengundi

Abang Johari berucap pada Sesi Sarawak Agenda: Townhall Bersama YAB Premier Sarawak Sempena LBAS 2022 di MITEC pada Sabtu. - Foto Bernama
Abang Johari berucap pada Sesi Sarawak Agenda: Townhall Bersama YAB Premier Sarawak Sempena LBAS 2022 di MITEC pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan pemberian subsidi kepada anak Sarawak untuk balik mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU), kata Premier Sarawak,, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci bersama pimpinan lain.

"Bila pilihan raya saya tidak tahu tapi akan dipertimbangkan. Tauk tauk erti mun balit sine tuju (tahu kalau balik nak ke mana)," katanya bagi menjawab soalan anak Sarawak yang belajar di Semenanjung Malaysia dalam sesi Sarawak Agenda: Town Hall bersama Premier Sarawak di Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS), di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu Abang Johari berkata, sesi libat urus dan persefahaman antara barisan pimpinan pelajar dan Kerajaan Sarawak akan diadakan bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar antaranya kadar sewa yang mahal.

Abang Johari dan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusoff berswafoto bersama anak-anak Sarawak di Semenanjung Malaysia. - Foto Bernama
Abang Johari dan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusoff berswafoto bersama anak-anak Sarawak di Semenanjung Malaysia. - Foto Bernama

Beliau berkata, perbincangan akan diadakan bersama Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof untuk menambah satu bangunan di Kuala Lumpur dengan kadar sewa yang munasabah kepada anak Sarawak.

LBAS bermula sebagai sebuah perkumpulan Ramah Tamah Aidilfitri pada 2008 di Pejabat Yayasan Sarawak Kuala Lumpur yang dianjurkan secara tahunan.

Sambutan menggalakkan daripada anak-anak Sarawak menjadikan program itu diangkat sebagai program rasmi negeri oleh Kerajaan Sarawak pada 2011 dan berterusan sehingga kini.

Artikel Berkaitan:

Tahun ini LBAS dilaksanakan buat kali Ke-13 dan telah menarik penyertaan lebih 6,000 anak Sarawak di Semenanjung Malaysia khususnya siswa-siswi yang belajar di sini.

LBAS turut menjadi wadah bagi anak-anak Sarawak menyuarakan pandangan dan cadangan untuk dipertimbangkan secara langsung oleh kepimpinan negeri yang hadir bersama. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!