Tiga mata berharga buat Spurs

Pemain Spurs meraikan kemenangan menewaskan Everton 2-0 dalam saingan EPL pada Ahad. - Foto Agensi.
Pemain Spurs meraikan kemenangan menewaskan Everton 2-0 dalam saingan EPL pada Ahad. - Foto Agensi.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] TOTTENHAM Hotspur meraih tiga mata berharga dalam misi memburu kejuaraan Liga Perdana England (EPL) setelah menewaskan Everton 2-0 pada Ahad.

Pemain sensasi, Harry Kane memecah kebuntuan gol setelah hampir sejam perlawanan apabila meledak menerusi sepakan penalti pada minit ke-59.

Pengadil perlawanan, Paul Tierney memberikan sepakan penalti setelah Kane dijatuhkan oleh penjaga gol Everton, Jordan Pickford.

Kane kemudian mencari sudut kiri untuk gol kesembilannya dalam saingan EPL setakat ini.

Pierre-Emile Hojbjerg kemudian mengukuhkan kedudukan lewat permainan untuk Spurs yang ketika ini ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Arsenal.

Hojbjerg melengkapkan kemenangan 2-0 pada minit ke-86 sekali gus menyaksikan lawan yang dibimbing Frank Lampard mengalami kekalahan liga kali kedua berturut-turut.

Skuad bimbingan Antonio Conte sudah memenangi kesemua tujuh perlawanan di tempat sendiri pada musim ini.

"Di sebalik berdepan kesukaran berdepan lawan yang bagus serta masalah kecederaan yang dialami, kami dapat menyelesaikan segala situasi itu.

Artikel Berkaitan:

"Ini bermakna pemain semakin meningkat dalam banyak aspek. Saya sangat berbangga dengan pemain," kata Conte.

Pada aksi itu Spurs yang menyaksikan Richarlison mengalami kecederaan betis ketika kedudukan masih terikat tanpa jaringan.

Conte berharap bintang Brazil itu tidak mengalami kecederaan serius.

"Dia akan menjalani ujian imbasan MRI, kami berharap ia tidak serius," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!