Griezmann bantu Atletico lonjak ke tangga ketiga liga

Griezmann (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan selepas membantu Atletico tewaskan Bilbao.
Griezmann (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan selepas membantu Atletico tewaskan Bilbao.
A
A
A

PENYERANG Atletico Madrid, Antoine Griezmann menjadi wira apabila menjaringkan gol tunggal ketika pasukannya menewaskan Athletic Bilbao 1-0 awal pagi tadi.

Griezmann ketika ditanya berkenaan gol tersebut, mengakui dia sangat gembira kerana berhasil untuk menjumpai penyudah selepas gagal melakukannya ketika menentang Club Brugge dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini.

"Semua pemain bekerja keras, itulah kami, semua berlari bersama, menyerang bersama, kami lakukan dengan baik,” katanya.

Kemenangan yang diraih Atletico itu menyaksikan pasukan itu berjaya naik ke tangga ketiga memintas Bilbao dengan mengumpul 19 mata selepas sembilan perlawanan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!