JDT sedia berdepan PJ City FC

Bidoglio (tujuh dari kiri), bersama pemain dan pegawai meraikan kejayaan muncul juara Liga Super 2022 yang juga merupakan trofi kesembilan berturut-turut sejak 2014 di Stadium Sultan Ibrahim, pada Sabtu. - Foto Bernama.
Bidoglio (tujuh dari kiri), bersama pemain dan pegawai meraikan kejayaan muncul juara Liga Super 2022 yang juga merupakan trofi kesembilan berturut-turut sejak 2014 di Stadium Sultan Ibrahim, pada Sabtu. - Foto Bernama.
A
A
A

JUARA Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa bersedia untuk berdepan dengan PJ City FC pada saingan TM Piala Malaysia yang dijadualkan bermula tidak lama lagi.

Bagaimanapun, menurut pengendali JDT, Hector Bidoglio, skuadnya kendaliannya itu tetap diingatkan untuk melakukan persiapan rapi bagi berdepan cabaran getir pada kempen saingan piala berprestij berkenaan.

“Sebenarnya, kita tidak kisah untuk berdepan dengan mana-mana pasukan sekalipun bagi saingan Piala Malaysia kali ini.

“Namun dalam masa sama, kita juga tidak mahu terlalu memikirkan mengenai pasukan lain kerana lebih baik untuk kita memikirkan mengenai pasukan kita sendiri (untuk mengharungi cabaran dalam Piala Malaysia).

“Apa yang lebih penting adalah untuk kita berikan fokus kepada bagaimana kita beraksi di atas padang...seperti bagaimana untuk bergerak dengan lebih pantas dan lain-lain perkara,” katanya pada sidang akhbar sejurus tamat aksi terakhir Liga Super berdepan Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

Pada perlawanan berkenaan, skuad Harimau Selatan itu berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan musim ini apabila menewaskan skuad The Rhinos, 3-0 hasil jaringan Arif Aiman Mohd Hanapi manakala penyerang import, Bergson Da Silva meledak dua lagi gol bagi mengesahkan kemenangan.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan (JDT, PJ City FC), telah bertemu dua kali dalam kempen saingan Liga Super musim ini dengan menyaksikan JDT menang 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada 28 Jun sebelum terikat 2-2, 15 September lalu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 15 September lalu.

Mengulas mengenai prestasi prestasi penyerang import, Bergson Da Silva, Bidoglio berkata, penyerang berkenaan telah membuktikan keupayaannya menerusi jaringan-jaringan gol yang dihasilkan di sepanjang saingan Liga Super 2022.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, kesemua gol berkenaan turut membuktikan Bergson kini berada pada tahap keyakinan yang tinggi.

“Bergson juga mempamerkan prestasi yang cukup baik hari ini (Sabtu). Begitu pada sesi latihan, dia (Bergson) sentiasa berikan yang terbaik.

“Secara keseluruhannya, situasi seperti ini sememangnya dilihat baik untuk JDT,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!