Amaran hujan berterusan tahap waspada di Perlis, Kedah
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di seluruh Perlis dan sebahagian Kedah pada Ahad hingga esok.
Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada jam 11.45 pagi, kawasan di Kedah melibatkan sekitar Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.
Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!