TMJ harap MB baharu bukan 'Yes Man' Putrajaya

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar menteri besar yang baharu bukan seorang 'Yes Man' kepada kerajaan pusat.

Menurutnya, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Johor mesti diutamakan.

"Saya harap menteri besar yang baru bukanlah 'Yes Man' Putrajaya saja. Kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Johor mesti diutamakan," katanya seperti dipetik dari Twitter rasminya HRH Crown Prince of Johor di sini hari ini.

Selain itu, dalam ciapan Twitter terdahulu, Tunku Ismail turut menyatakan titah dari Sultan Johor untuk tukar menteri besar bukan perkara baru, namun terdapat pihak lain yang kini mendakwa mengarahkan berbuat sedemikian.

"Titah untuk tukar menteri besar sudah lama. Tetapi orang lain pula hendak mengambil kredit dan 'mileage' kononnya dia arahkan.

"Ke bawah Duli Tuanku sudah meneliti untuk tukar MB sejak berbulan lalu. Jangan lupa, kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak Sultan. Cukup-cukuplah 'politiking'," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhbar dakwa MB Johor didesak letak jawatan

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!