Kecewa dengan UMNO, 338 ahli sertai Bersatu di Bachok

Mohd Zulkifli
Mohd Zulkifli
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 338 ahli UMNO di Bachok menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan akan membantu kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kesemua mereka menghantar borang permohonan keahlian pada Sabtu diketuai Ketua Cawangan UMNO Senok Tok Pakeh, Che Ramli Haron ketika Program Selamat Tinggal UMNO di Pantai Senok pada Sabtu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Zulkifli Zakaria berkata, Bersatu menganggarkan lebih 5,000 lagi ahli UMNO menyertai parti berkenaan.

"Penyertaan mereka secara tidak langsung menjadikan 15,000 ahli baharu yang juga dalam kalangan anak muda.

"Kita yakin Perikatan Nasional (PN) dapat menguasai Putrajaya selepas PRU15," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Mohd Zulkifli yang juga Ketua Bahagian Bersatu Bachok memberitahu akan meneruskan kempen mengajak lebih ramai ahli baharu terutama anak muda menyertai parti itu.

Program Selamat Tinggal UMNO anjuran Bersatu Bahagian Bachok dilancarkan oleh Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Mohd Nor.

Sementara itu, Che Ramli menyatakan kekecewaan terhadap UMNO dan hilang keyakinan terhadap pimpinan pusat.

Artikel Berkaitan:

Beliau mendakwa pimpinan parti itu hanya memikirkan kuasa dan kedudukan tanpa mengambil kira kehidupan rakyat yang mengalami kesusahan.

“Kami amat kecewa dan mengambil keputusan menyertai parti ini (Bersatu),” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!