'Tiada pembangunan di Sungai Petani jika undi PH'

Shahanim (tiga kanan) ketika menyempurnakan Pelancaran Gerakerja JR Parlimen Sungai Petani dan Bengkel App MyJR di Dewan Seri Berangan di sini pada Ahad.
Shahanim (tiga kanan) ketika menyempurnakan Pelancaran Gerakerja JR Parlimen Sungai Petani dan Bengkel App MyJR di Dewan Seri Berangan di sini pada Ahad.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Pemberian undi kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memberi bayangan bahawa tiada sebarang pembangunan mampu dilaksanakan di sini dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata, ini kerana sejak kerusi P15 Parlimen Sungai Petani dikuasai PKR dalam tempoh tiga penggal berturut-turut bermula 2008, tiada sebarang perancangan dilakukan bagi membangunkan bandar tersebut.

Menurutnya, sekiranya pengundi masih menyokong pembangkang pada PRU15, secara tidak langsung, memberi kerugian kepada rakyat dalam tempoh kira-kira 20 tahun tanpa sebarang pembangunan.

"Saya tetap buat kerja habis-habisan untuk yakinkan rakyat Sungai Petani supaya tidak tertipu kali keempat, kalau tertipu kali keempat maksudnya, lagi lima tahun Sungai Petani takkan ada apa-apa (pembangunan)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Pelancaran Gerak Kerja JR Parlimen Sungai Petani dan Bengkel App MyJR di Dewan Seri Berangan di sini pada Ahad.

Antara yang hadir ke Pelancaran Gerak Kerja JR Parlimen Sungai Petani dan Bengkel App MyJR di Dewan Seri Berangan di sini pada Ahad.
Antara yang hadir ke Pelancaran Gerak Kerja JR Parlimen Sungai Petani dan Bengkel App MyJR di Dewan Seri Berangan di sini pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, beliau memohon pengundi memberi peluang kepada UMNO dan BN untuk membuktikan kemampuan sekali gus membawa beberapa projek pembangunan demi manfaat rakyat.

"Saya punya ikrar akan membawa beberapa pembangunan baharu seperti IPTA, sekolah berasrama penuh, kompleks sukan dan pusat jagaan warga emas yang mana banyak ikrar kita ke arah pembangunan sedangkan 15 tahun dulu, tiada apa.

Artikel Berkaitan:

"Sekiranya penduduk nak pembangunan, kena bagi pada BN, kalau tidak, rugi 20 tahun (empat penggal) tiada apa-apa (pembangunan) dilakukan pembangkang,"jelasnya.

Mengikut rekod, kerusi Parlimen Sungai Petani P15 disandang Datuk Johari Abdul (PKR) yang menang pada PRU14 (2018) dengan majoriti 21,569 undi mengalahkan tiga calon lain.

Johari yang mengekalkan kedudukannya itu sejak menang pada PRU13 dengan majoriti 9,548 undi turut mengalahkan tiga calon lain manakala pada PRU12 merampas kerusi dari BN dengan majoriti 9,381 undi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!