Tanah terbiar jadi lokasi buang sampah haram

Keadaan di lokasi tapak pembuangan sampah haram di Jalan Bukit Puchong 4/1 di sini.
Keadaan di lokasi tapak pembuangan sampah haram di Jalan Bukit Puchong 4/1 di sini.
A
A
A

PUCHONG - Tindakan golongan tidak bertanggungjawab menjadikan sebuah kawasan tanah terbiar berhampiran Jalan Bukit Puchong 4/1 di sini sebagai lokasi pembuangan sampah secara haram akhirnya dikesan pihak berkuasa.

Kedegilan mereka memakan diri apabila berdepan tindakan termasuk kompaun dan lori disita kira-kira tiga bulan lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik Majlis Perbandaran Subang Jaya, Azfarizal Abdul Rashid berkata, operasi diketuai oleh Pejabat Tanah Daerah Petaling bersama pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

"Beberapa struktur binaan di dalam lokasi tapak pelupusan sampah haram dirobohkan dalam operasi bersepadu Pejabat Tanah Daerah Petaling bersama MPSJ.

"Struktur binaan tanpa izin yang dirobohkan itu telah didirikan di atas tanah milik kerajaan di mana lokasi ini merupakan kawasan tempat pembuangan sisa sampah haram," katanya.

No Image Caption

Katanya, kawasan ini sebelum ini turut terdapat anjing-anjing yang dipercayai dibela bagi mengawasi kawasan tersebut.

"Tindakan telah diambil dengan memberikan notis kepada pemilik anjing-anjing ini untuk memindahkan anjing mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kawasan ini dipercayai telah dijadikan tapak pembuangan sejak 2017.

"Bagaimanapun tindakan telah diambil antaranya operasi secara berkala serta menutup laluan masuk.

"Pemantauan telah dijalankan dari semasa ke semasa, dan setakat ini kawasan ini didapati tidak beroperasi sejak tiga bulan lalu. Yang ada hanyalah sisa sampah dan struktur binaan-binaan di kawasan tapak ini," katanya kepada pihak media yang turut dibawa meninjau sendiri kerja-kerja perobohan binaan di dalam kawasan tapak pembuangan sampah haram itu, hari ini.

Anggota penguat kuasa dari Majlis Perbandaran Subang Jaya meninjau lokasi tapak pembuangan sampah haram di Jalan Bukit Puchong 4/1.
Anggota penguat kuasa dari Majlis Perbandaran Subang Jaya meninjau lokasi tapak pembuangan sampah haram di Jalan Bukit Puchong 4/1.

Jelasnya lagi, tindakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah diambil mengikut Kanun Tanah Negara di bawah Seksyen 425 Pencerobohan Tanah Kerajaan.

Dalam pada itu, katanya untuk tahun 2018, MPSJ telah menerima sebanyak 105 aduan mengenai pembuangan sampah haram.

"Setakat ini sebanyak 65 lokasi telah dikenal pasti dan dalam pemantauan.

"Antara tindakan yang diambil adalah mengeluarkan 21 notis kacau ganggu, 52 notis tawaran kompaun dan 15 kenderaan yang membuang sampah secara haram telah disita," katanya.

Kerja-kerja membersihkan lokasi tapak pembuangan sampah haram di Jalan Bukit Puchong 4/1.
Kerja-kerja membersihkan lokasi tapak pembuangan sampah haram di Jalan Bukit Puchong 4/1.



#tapakbuangsampahharam #Jalanbukitpuchong Tindakan golongan tidak bertanggungjawab menjadikan sebuah tanah terbiar berhampiram Jalan Bukit Puchong 4/1 disini sebagai lokasi pembuangan sampah secara haram akhirnya dikesan pihak berkuasa. [ARTIKELPENUH:https://www.sinarharian.com.my/article/22621/EDISI/Selangor-KL/Tanah-terbiar-jadi-lokasi-buang-sampah-haram] Laporan: MOJO Sinar Harian Selangor MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Tuesday, April 9, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!