Bertanding untuk beri khidmat bukan sebab dendam: Azmin

Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali
A
A
A

AMPANG - Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menempelak pemimpin politik yang 'melompat' kawasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, tujuan bertanding dalam pilihan raya adalah untuk memberi khidmat kepada rakyat bukannya kerana hasat dengki dan dendam.

"Ada orang dah bubar baru nak buat kerja. Tempat sendiri dia tak buat kerja lepas itu dia lari tempat orang .Apakah pemimpin namanya? Lari ke satu tempat ke satu tempat.

"Kita bertanding untuk beri khidmat kepada rakyat. Bukan kerana hasat dengki dan dendam. Ini bukan watak seorang pemimpin yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan.

"Bila kita dipilih di satu kawasan, teruskan khidmat di kawasan itu, tetapi kalau niat kita yang dizahirkan secara terbuka - aku tidak suka orang itu dan orang ini maka aku nak pergi ke tempat itu, ini bukan pemimpin namanya," katanya ketika sidang akhbar selepas perasmian Hari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) 2022 di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai hasrat pembangkang yang mahu memastikan mana-mana pemimpin terlibat dengan 'Langkah Sheraton' ditewaskan.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, dalam proses demokrasi sesiapa sahaja boleh bertanding.

"Saya tak ada masalah. Rakyat Gombak adalah kuasa menentukan masa depan depan Gombak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!