Mesej antirasuah dalam animasi

Amir Hamzah Hashim
Amir Hamzah Hashim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penerapan mesej antirasuah dalam sesebuah karya animasi dilihat mampu melahirkan masyarakat yang benci untuk melakukan perbuatan jijik berkenaan.

Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas), Amir Hamzah Hashim berkata, untuk itu usaha telah dilakukan oleh pengkarya-pengkarya animasi yang kini turut memasukkan elemen-elemen berkenaan bagi menyedarkan rakyat tentang kepentingan menolak perbuatan itu sekali gus dapat mengubah Malaysia ke arah bebas rasuah.

"Di mana penghasilan animasi kita selitkan banyak unsur pendidikan terutamanya pendidikan bagi pencegahan rasuah, kita sampaikan kepada masyarakat melalui animasi, lukisan kartun, komik dan sebagainya yang menyeru kepada masyarakat supaya bencikan rasuah.

"Untuk kita sampaikan mesej antirasuah kepada seluruh masyarakat terutama kanak-kanak supaya dia tanam dalam diri, dalam hati dan otak bahawa rasuah jijik yang perlu dihindari sehabisnya dan insya-ALLAH 10-20 tahun akan datang kesannya akan mula kita nampak kalau kita kempen bermula sekarang," katanya kepada Rasuah Busters pada Ahad.

Beliau ditemui pada program Anifest Malaysia 2022 yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Anifest yang mula dianjurkan oleh Persatuan Animasi Malaysia pada 2015 kini memasuki siri keenam penganjuran.

Bertemakan pendidikan dan kerjaya ia menyatukan pemain industri animasi dan Institusi Pendidikan yang mendidik animasi di peringkat tinggi negara.

Anifest kali ini juga mendapat kerjasama Rasuah Busters dengan penganjuran 'doodle battle' antirasuah.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, masih belum terlambat untuk kita bersama-sama menggemakan kempen antirasuah kerana pendekatan yang digunakan kini lebih terkini.

"Kita tidak anggap kita terlambat meskipun kempen rasuah sudah lama dilaksanakan tetapi kita cuba dengan pendekatan lebih santai lebih menjiwai dan masuk kepada minda masyarakat menerusi kartun dan animasi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!