Azmin dakwa prestasi Selangor merosot

Mohamed Azmin - Foto Bernama
Mohamed Azmin - Foto Bernama
A
A
A

GOMBAK - Menteri Pedagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa, prestasi negeri Selangor semakin merosot selepas beliau meninggalkan jawatan Menteri Besar negeri itu pada 2018.

Justeru, menurutnya kerjasama antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan perlu dijalin dengan baik.

"Lepas saya tinggalkan tu nampak merosot prestasi. Jadi tanggungjawab saya, saya mahu mengekalkan kecemerlangan Selangor.

"Ia supaya Selangor akan terus membangun, memberikan manfaat kepada semua rakyat Selangor dan kita dapat menjalin satu kerjasama yang baik di antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

"Kerana hubungan kerjasama yang baik akan memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Hari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) 2022 di sini pada Ahad.

Ditanya mengenai hubungan di antara kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor sebelum ini, jelas Azmin ia berada dalam keadaan baik.

"Secara peribadi baik, tapi mungkin perlu dipertingkatkan," katanya.

Menjawab soalan mengenai kesediaan beliau kembali menerajui Selangor, Azmin menyifatkan perkara itu tidak menjadi masalah.

Artikel Berkaitan:

"Terpulang kepada rakyat, saya di mana pun boleh. Kita kalau benih yang subur dicampak ke laut menjadi pulau dan dicampak ke tanah menjadi gunung," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!