Satu PPS dibuka di Kuala Perlis
![Gambar hiasan - Foto 123RF](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/10/16/1947348.jpg)
KANGAR - Seramai 16 orang penduduk melibatkan empat buah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di surau Kampung Teluk, di sini malam ini selepas kediaman mereka dinaiki air kira-kira 8.30 malam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kira-kira 10 malam.
"Sembilan lelaki, enam perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan ditempatkan di PPS ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mohd Izaimi berkata, semua mangsa dalam keadaan selamat dan bantuan diberikan oleh petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!