Berita Bung Moktar, Hajiji menghadap TYT palsu

Bung Moktar memuat naik hantaran berhubung berita palsu beliau dan Hajiji mengadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.
Bung Moktar memuat naik hantaran berhubung berita palsu beliau dan Hajiji mengadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pejabat Timbalan Ketua Menteri Sabah menafikan berita yang ditularkan di aplikasi WhatsApp bahawa Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan beliau bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada jam 2.30 petang Ahad.

Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri, Jaafar Abd Wahid berkata, perkara yang ditularkan dalam kumpulan WhatsApp itu adalah tidak benar dan sengaja ditularkan oleh individu tidak bertanggungjawab ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung.

"Saya dihubungi oleh rakan-rakan bertanyakan kesahihan berita tersebut sedangkan pada sebelah pagi saya bersarapan pagi bersama Bung Moktar di kediamanya sebelum menghantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) untuk ke Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jaafar berkata, dia sempat menujukkan berita yang tular itu kepada Bung Moktar sambil meminta dirakamkan gambarnya dan memuat naik sendiri di media sosial miliknya.

"Dia tulis dalam media sosialnya 'Saya tidak tahu bagaimana berita kepada kawan ini berlaku, apa pun saya tetap tenang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur'," katanya.

Pada masa sama, Jaafar difahamkan Hajiji berada di Kota Marudu bagi menyempurnakan program jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Saya telah meneliti keratan akhbar ditularkan itu, ia adalah berita yang diterbitkan dalam berita dalam Astro Awani pada tahun 2020 selepas Pilihanraya Negeri ke-16 (PRN16)," katanya.

Ujar beliau, perkara itu dimanfaatkan oleh cybertrooper pembangkang ekoran timbulnya khabar angin yang menyebut beberapa wakil rakyat keluar parti dan akan meninggalkan GRS.

Artikel Berkaitan:

"Perbuatan menyebarkan berita palsu ini merupakan salah satu usaha pihak pembangkang untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan penyokong GRS dan BN khususnya ketika berhadapan dengan PRU15.

"Orang ramai diharap tidak mudah percaya sebarang berita palsu dan menyebarkannya sebelum mendapat maklumat sahih," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!