Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Demi Tok Mat, KJ sanggup berundur

17 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 17 OKTOBER 2022

Demi melihat kelangsungan Rembau untuk terus maju, penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sanggup mengadai kedudukan politiknya bagi memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Datuk Seri Mohamad yang juga Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional berkata, beliau bersama pucuk pimpinan parti akan mengenal pasti kerusi yang sesuai buat bekas Ketua Pemuda UMNO itu.

Beliau berkata, sebagai pemimpin muda yang berkaliber, Khairy perlu bertanding pada PRU-15 untuk memastikan bakat dimilikinya tidak hilang begitu sahaja.

Artikel: https://bit.ly/3T1Wuo6

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa