Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

501 PATI bertempiaran lari, gudang diserbu imigresen

17 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 17 OKTOBER 2022

[DIKEMASKINI] Suasana tenang di sebuah pusat pengisihan di Seksyen 22, Shah Alam, Selangor bertukar kecoh apabila ratusan buruh asing bertempiaran lari cuba menyelamatkan diri apabila digempur Jabatan Imigresen Malaysia pada Jumaat.

Timbalan Pengarah (Kawalan) Imigresen Selangor, Tarmizi Talib Ali berkata, operasi penguatkuasaan itu dijalankan susulan aduan awam dan berjaya menahan seramai 501 PATI yang bekerja di premis berkenaan.

Malah, rata-rata buruh asing yang ditemui mengaku baru bekerja beberapa bulan di premis berkenaan dengan kadar bayaran RM80 ke RM100 sehari dengan syif bekerja selama enam ke 12 jam, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil.

Artikel: https://bit.ly/3EP221a

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa