Nelayan didakwa lakukan seks luar tabii bawah jambatan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KEMAMAN - Seorang nelayan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas dakwaan melakukan seks luar tabii terhadap seorang wanita dalam kejadian di bawah jambatan pada September lalu.

Tertuduh, Wan Mohd Rizal Wan Arif, 32, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan dihadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap wanita berusia 46 tahun dibawah jambatan dalam daerah Kemaman pada jam 11.15 pagi pada 19 September lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Wan Suhaila bagaimanapun tidak membenarkan jaminan serta menetapkan 13 November depan untuk perbicaraan.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhanisah S H Sahul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!