Raja ular sedar dari koma

Azri telah sedarkan diri daripada koma.
Azri telah sedarkan diri daripada koma.
A
A
A

ALOR SETAR - Raja ular yang koma selama tiga hari selepas dipatuk ular tedung selar ketika menangkap reptilia itu di Kampung Belukar, Abi, Kangar, Sabtu lepas kini telah sedarkan diri.

Isterinya, Siti Hawa Mahamat, 45, berkata, suaminya, Azri Ahmad, 50, yang merupakan petugas Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat telah sedar daripada koma kelmarin.

Menurutnya, dia melahirkan rasa syukur apabila suaminya dipindahkan ke wad biasa di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.

"Alhamdulillah, suami akak dah sedar dan boleh bercakap. Cuma dia agak letih lepas kejadian dipatuk ular beberapa hari lepas," katanya.

Laporan Sinar Harian pada 8 April lalu.
Laporan Sinar Harian pada 8 April lalu.

Siti Hawa berkata, dia turut bersyukur apabila tangan suaminya tidak akan dipotong, manakala parut hitam adalah kesan daripada bisa patukan ular.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Azri dipatuk ular ketika membantu menangkap ular tedung selar yang memasuki rumah seorang penduduk di Kampung Belukar, Abi di sini, dalam kejadian kira-kira jam 1 petang Sabtu lalu.

Penjinak ular yang berpengetahuan luas itu dipatuk di tangan kanannya ketika cuba memasukkan reptilia tersebut dalam guni apabila ia bertindak agresif.

Artikel Berkaitan:

Azri kemudiannya dirawat di Zon Merah, Unit Kecemasan HTF dan tidak sedarkan diri selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan pada petang Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja ular dipatuk tedung selar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!